|
Hari Pertama Penuh Dengan Tenaga! |
|
Hari pertama penuh dengan pelbagai ragam belia dari seluruh Sabah. Mereka tiba seawal jam 6.00 pagi lagi. Kawasan Pekan Ranau sesak dengan kenderaan yang tiba dari jauh dan dekat. Walaupun pelbagai cabaran yang dihadapi oleh berberapa paroki untuk sampai ke Pusat SYD-2, tapi atas dorongan dan pimpinan Roh Kudus mereka telahpun tiba dengan selamat. Sila klik pada link LAPORAN HARIAN untuk mengikuti berita penuh. |
|
|
Debaran SYD-2 semakin terasa. Pekan Ranau khususnya Gereja St. Peter Claver sudah bersedia untuk dibanjiri oleh lebih dari 2000 belia dari seluruh Sabah. Ketika Tim Laman Web berada di perkarangan gereja St Peter Claver Ranau petang kelmarin, para belia dan juga ibubapa sedang sibuk menjalan raptai untuk acara pembukaan pada 19hb Ogos nanti. Bagi anda yang tidak dapat hadir untuk menyaksikan acara pembukaan pada 19hb Ogos nanti, pastikan anda terus bersama-sama dengan kami untuk mengikuti liputan ekslusif perjalanan SYD-2 dari masa ke semasa. Gambar | Video |
|
|